Saturday, 14 October 2017

Dah Ke Belum?

Dah ke Belum?
Haa... Abam dah... Korang bila lagi?

Abam sekarang berada di The Royal Belum Rainforest yang terletak di Tasik Banding, iaitu antara tasik buatan manusia yang terbesar.

Di sini terdapat dua hutan atau kawasan yang dipelihara oleh dua badan / entiti berasingan iaitu Gerik Forest Reserve & Royal Belum.
Royal Belum Rainforest sangat terkenal dengan  kekayaan Bio-Diversitinya.

Korang tau tak? Belum Rainforest ni merupakan habitat kepada 10 spesis Enggang (Hornbill), 3 spesis Rafflesia, 14 spesis haiwan terancam dan lebih 3000 spesis flora & fauna...

Royal Belum juga sangat terkenal dikalangan "bird watcher" kerana di sini terdapat beberapa spesis burung yang "rare" antaranya hornbill, kingfisher & grey fish eagle.

Royal Belum ni juga mempunyai rahsia² tersembunyi tau?!...

Terdapat dua air terjun yang menarik di sini iaitu air terjun Sungai Kooi dan juga air terjun Sungai Ruok, dimana salah satunya merupakan pusat konservasi ikan kelah.

Abam juga berpeluang menziarahi satu perkampungan orang asli yang terletak di pulau banding ni. Malangnya, disebabkan faktor usia, abam tak ingat nama kampung tersebut. Hahaha.

Menurut guide kami, terdapat dua suku kaum di pulau banding iaitu suku kaum Jahai dan Temia. Kami juga difahamkan yang kaum Temia ni lebih moden jika dibandingkan dengan kaum Jahai.

Sebab utama yang dapat dilihat adalah dari segi cara hidup mereka. Kaum Temia dah pun berinteraksi dengan dunia luar dan anak² mereka juga diberikan persekolahan.

Kaum Jahai pula bersifat nomad dimana mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Menurut guide kitorang, kaum Jahai ni berasal dari Filipina!

Jauh weyh dorang merantau...

Banyak lagi sebenarnya pengalaman abam dekat Royal Belum ni. Tapi kalau nak cerita kat sini memang panjang berjela² lah..

Apa kata korang datang experience sendiri! Pengalaman macam ni lah yang mendewasakan minda kita, betul tak?

Untuk maklumat lanjut, korang boleh refer kepada:

www.belumresort.com
www.pbf.org.my
www.belumconservation.com

3 comments:

  1. Seronoknyaaaa.... Nanti jom repeat pleaseeee....

    ReplyDelete
  2. bajet seorang dalam berapa ya kalau nak ke sini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga dia berbeza bergantung pada bilangan org. Bilik paling murah untuj 2 org RM400 (bilik shj) & RM490 (sekali dgn sarapan). Nnti sy akan up entry pasal rate & facilities dia.

      Delete

Adsense Ads